BE STRONG. KELUHAN TIADA PENYELESAIAN.


Assalamualaikum and hi ! 

Kali aku coret apa saja yang aku mau cakap. Takkan tersusun!! Jangan bingung okay !! Hee.
Sebab hari ni aku dalam mode sedih. Since yesterday.

Aku macam berfikir dua kali, nak update blog pasal sehgala yang tersimpan di hati ni ke tak? Tapi hati aku kan dia kata "Nak jugak update blog, nak jugak update blog,naaak jugak!" Dah kata hati macamna jugak. Dia kan dictate diri kita. Tapi kena hati-hati lah jugak. Kerana hati, boleh jadi binasa. 

Alhamdulillah, ada juga masa aku yang mau mecoret-coret blogi ni. Oleh kerana hari ini hanyalah ada ada satu kelas dan tempoh dia hanyalah satu jam sahaja, so aku terfikir nak menaip, oleh sebab tak tahu nak type apa lagi, sebab assignment dah siap.
_________________________________________________________________________________

Mungkin entri ini adalah dalam mode "JIWANG".

Ehhh, Bukan lah jiwang tentang kekasih.


_________________________________________________________________________________

Hmm, apa yang bermain di fikiran aku sekarang ni sangattlah banyak dan ramai.


_MASJID AL-MURSYIDIN, KAMPUS SULTAN AZLAN SHAH, UPSI_
"Tenang aku di sini" 

Solat berjemaah kat masjid ni boleh buat aku ingat sekolah dan kawan-kawan. SMKA TUN SAID, KOTA BELUD and SMKA MOHD ALI, RANAU.

Bila kat masjid, ada sahaja yang membuatkan aku tersenyum ketika itu. Tetapi, bila kali first aku sampai masjid ini, aku ,merasa kelainan kerana aku telah berjauhan daripada orang yang telah lama ku kenali dan tidak tahu berapa kali ganda susahnya sesuatu yang aku buat kehidupan di universiti daripada kehidupan di rumah, asrama dan sekolah. 

Di mana aku mahu save duit, kena urus masa sendiri, assignment sampai up 5, jauh beribu batu dari keluarga, kena adapt dengan orang-orang sini :)

Hmmm :'(

_________________________________________________________________________________

Yaa, aku menangis rindukan family. Aku menangis sebab aku rindu nak cerita-cerita dengan ummi, aku rindu rindu mau dgr abah berlawak dalam keadaan serius, aku rindu awa yang selalu tolong aku dan tempat aku share masalah, aku rindu awud yang aku selalu bawa dia main "gusti" , "silat" or something like that.

Yaa, mmg aku rindu kawan-kawan aku. Aku menangis rindu kawan. Aku rindu Dila tempat aku luah segala masalah, aku rindu Siti, Weena dan Zeha spongebob's yang sangat lawak, aku rindu Ela yang selalu bagi motivasi, aku rindu Dayang yang selalu membahagiakan ketika aku sedih, aku rindu Giyin yang sangat setia mendengar dan inspiring,aku rindu Nisa yang sangaaaaattt lah lunatic, rindu kawan-kawan dari form 1-3(2008-2010) , 'Arif until 5 Science and Pengajian Islam(2011-2012)  and form 6 rendah Idris Al-Marbawi(2013)

Yaa, aku tekanan dengan segala assignment that our lecturer have given to us. Its too hard to completed all of the assignment. I don't know, why must I don't manage my time wisely when the pile of assignment being the part of my life.  

Semua pun aku menangis. Aku sangat mudah keluarkan airmata. 

And I try to smile :')

Di dalam hadis Qudsi, Allah ada berfirman,

“Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya” 
(Hadis Riwayat Tabrani dari Abu Umamah)

Allah Maha Mengasihani :'(
_________________________________________________________________________________

Suatu hari, aku terjumpa Al-Insyirah. Bait-bait dalam Al-Insyirah cukup menekan kalbu aku. Aku terpesona. Aku teliti dan hayati maksud ayat surah itu. Lalu ku baca satu persatu.

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Peyayang…


1. Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (Wahai Muhammad serta mengisinya Dengan iman dan hidayah petunjuk)?


2. Dan Kami telah meringankan bebanmu daripadamu:(menyiarkan Islam) -3. Yang memberati tanggunganmu,


4. Dan Kami tinggikan sebutan (nama)mu bagimu.


5. Maka (tetapkanlah kepercayaanmu) Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,


6. Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.


7. Maka apabila Engkau telah selesai (daripada sesuatu amal Soleh), maka bersungguh-sungguhlah Engkau berusaha (mengerjakan amal soleh Yang lain),


8. Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah Engkau memohon (Apa Yang Engkau gemar dan ingini).”


Surah al-Insyirah. 

Selesai solat, aku akan membaca surah ini . Setiap kali hati terasa berat, hati sangat lah sarat. Aku akan baca lagi.

_________________________________________________________________________________

Kadang-kadang aku akan menatap komputer riba untuk mencari sesuatu untuk menghilangkan bebanan yang aku hadapi dan yang aku diamkan daripada sesiapa. 

SEBAB AKU AKAN RISAUKAN ORANG YANG RISAUKAN AKU :'(

Im aware. Bebenan yang aku tanggung adalah tandah kasih Allah kepada aku. Allah rindukan rintihan hati aku. Aku tahu, Alllah mahu mengajar aku erti sebenar ujiannya.

So far, telah banyak yang aku telah alami. Suffered many things but just stay postive. Yaaa, kesedihan, tekanan, derita lah jugak tapi aku tahu Everythings happen for a reason. 

Aku merasa kalah, aku resah dan aku terus mencuba untuk membaiki diri. Selangkah demi selangkah. Setapak demi setapak. But, 'Im still me. But, what I expect is rohani aku sedang dalam proses pemulihan dan pembersihan.

Aku mahu aku sentiasa merindui Tuhanku and I wanna feel the happiness starting with "Alhamdulillah" so that, the hardness I will "meluahkan" to Allah without any shame.

_________________________________________________________________________________

Doakan aku, agar terus kuat mengahadapi setiap cabaran dan dugaan yang Allah berikan.


Sekian, syukran 'ala kulli hal and thank you.


No comments:

Post a Comment

I would like you to comment :)