Menunggu Di Sayup Rindu


We know that everything is good. And will be better, in shaa Allah.
STEP BY STEP! 


XOXO_PUBLISH.



Kuhh. 


Family Day : Pengerat Silaturrahim


Nampak kan aku sudah bedebam hahaha. Tu sebagai pembukak ler.

Assalamualaikum semua.
Memandangkan aku hari ni bosan, tiada kerja mahu kena buat. So, aku menyeksa keyboard aku demi entry aku kali ini. Maaf kalau bahasa tidak begitu menarik. kehkehkeh sebab saya bukannya orang bahasa.

Okeh. So hari ni sebenarnya nak share tentang pengalaman aku menyambut Family Day buat pertama kalinya! Ni nak cerita la. Sebenarnya sepanjang sebulan aku ber-industrial training di Smartminds Solutions Sdn Bhd, aku tak begitu rapat dengan orang-orang sekeliling. Lagi-lagi teachers dari TCR. Bergurau senda yang betul-betul mesra pun tidak pernah apatah lagi bermain. 



Haa, aku bagi XL punya gambo. 
Inilah kitaorang! 
SSSB AND TCR STAFFS.
Bos saya tu, satu-satunya lelaki yang duduk dan isteri dia yang sedondon warna baju. 

Mulanya. Saya agak awkward bila hari first sampai kat tapak untuk berkumpul kat chalet tu. Sebab saya tidak kenal begitu mengenali mereka. Siapa yang saya kenal dan biasa, Kak Zaza and Kak Siti jak. Staff SSSB yang lain, memang saya tidak rapat dan susah untuk aku buat eye contact dengan diorang. kekeke.

Mulanya, memang aku tidak mau sebilik dengan orang yang aku tidak kenal. Tapi, syukur Alhamdulillah. Ewie dah besar! Pandai-pandai lah mingle dengan orang. Takkan selamanya kau dalam penjara malu tiada tempat! Disebabkan aku pandai mingle dengan room mates aku *CHEWAH*, so segala activity yang dijalankan pun aku memberanikan diri untuk bercakap dengan teacher2 yang lain, oso staff2. Dan akhirnya! 

Bila malam menjelma, mula lah aku nervous. Sebab aku kena lantik jadi emcee, emcee yang tiada pengalaman. Puan Saherah, bos kitaorang, bagitahu yang jangan formal sangat. Kakak-kakak lain kata, buat something yang macam happy-go-lucky jak dan relax. Mahu tahu time aku berkata-kata di depan tu apa jadi? 

Mereka bagi respon yang sangat positif ler.
Tapi aku nervous dan malu. 


Salah satu aktiviti kena buat kat sini. Malangnya, aku trauma lepas nampak jetski tu terbalik dengan pemandunya sekali.
Aku dah siap sedia nak pakai jaket keselamatan. tuptup, ada orang jatuh hahaha.
Nampak tak aku mana? Tu yang tengah sembang-sembang tu.
Tu emcee yang tidak confident tu. Ni aktiviti dinner. Aku ngan kawan aku menang toaster wei sebab dapat first place time lawan sambung ayat. Macam super spontan tu! Kahkahkah.



Ni time kitaorang main humban belon. 
Before this, aku lihat jak dari jauh diorang teacher-teacher buat kerja diorang kat office, tapi bila kat family day. Syukur. Allah bagi aku peluang untuk bergembira dengan rerakan office and TCR staffs.

Haa ni aktiviti pada pagi hari sukaneka. Act banyak lagi but takda gambar-gambar tu. Ni jak yang ada, kira okaylah hee.



Acara bawak telur dalam sudu. 


Sesi mengira. Sapa menang dapat 1 balang duit syiling yang bernilai seribu lebih. Xke awesome?!

I'll be missing all of it. 
Thank you!

Semoga ukhuwah di berkekalan lillahi ta'ala.

XOXO-PUBLISH.


Biggy Ewie's Dreamland! (IN MALAYSIA)


Assalamualaikum,

Keyboard memanggil suruh aku singgah ke blog. Tiba-tiba touchpad panggil jari untuk klik click new post sebab sekarang ni nak share tempat yang aku teringit sangat nak pergi dan kenapa? Haa ni sebab  mood mood feeling nak pergi bercuti kononnya. 

"Dengan sapa?"
Dengan family Smartminds Solutions and Tadika Cahaya Raudhah. Dimana itu adalah tempat aku ber-internship. 

"Dimana?" 
"Umang-umang Resort, Melaka"
*Sebenarnya aku teringit sangat nak pergi ke Bustel, Melaka tu*

Tidak payah lah detail sangat. 
Nanti ada orang mengintip ikut aku *eww perasannya ewie* -_-

_________________________________________________________________________________

Back to the main point. 

Apaitu dreamland bagi aku?
Bagi aku dreamland tu, tempat yang aku terrringginn sangat nak pergi! 
Dan aku mengorek lubang-lubang maklumat kesemua hotel unik ni.
Tapi setakat ini cukuplah yang di Malaysia.
Ni beza sikit. Excluded gunung segala gunung ya! Kalau gunung bukit memang aku mau pergilah semua.

-BUSTEL, KLEBANG, Melaka-

Sebab tempat tu sangat unik, Tiba-tiba bas tu ada bilik. Tak ke awesome dan amazing kalau macam tu? Aku nak jugak tinggal di dalam bas yang ada bilik. Sebab aku teringin sangat nak pergi, so aku dengan rasa excited berangan yang kononnya akan ke sana suatu hari nanti, nak survey harga thru pesbuk Bustel tu.

Harga : RM80 for weekdays / RM120 weekends.

Aku sebenarnya fikir harga Bustel tu RM50. Wuu sekali tengok harga dia RM80, weekdays pulak tu. Memang tak lah kot aku dapat pergi sebab hari kerja@internship aku. Kira okay lah standard jugak harga dia. Kalau aku nak pergi weekend pun, confirm lah tak pergi. RM120 wooo. Dengan RM120 tu kau boleh buat macam-macam yang berfaedah dan untuk kebaikan diri kau sendiri. Pedahal melancong tu berfaedah jugak, cuma student macam aku tidak sesuai lagi kot, sebab aku masih guna duit parents yang diberi untuk makan dan transport. 

Selain tu , yang menariknya lagi, akan ada gerai-gerai kecil di kawasan hotel tu. So selain makan di cafe terletak dalam sebuah bas, anda boleh lah turun mengeluarkan wang untuk di spend kan for the sake of your belly. 

Gambar aku amik dari google jak. Nak lebih, so bolehlah tengok website ni seperti yang tertera di dalam bas-bas tu. 




DAEBAK KAN?!

Gambar amik dari google jak ya. Nanti boleh lah search any websites 
or FB dia sendiri : Bustel Klebang 
Contact Number for booking or enquiries : 6019- 7414113.


- TIME CAPSULE RETREAT, SUNGAI LEMBING, Pahang -


Aku sayang nature. Aku suka tempat yang macam ni. Aku nak rasa tinggal di tempat ala-ala dalam hutan. Aku dengar dari orang tempat ni dingin, sunyi, tenang, aman. So, kalau yang tengah frust ke, malas nak dengar bunyi kereta ke, hanya nak dengar bunyi-bunyi burung tweet tweet, dedaun-dedaun nan rimbun jatuh ke tanah, angin sepoi yang meniup ranting-ranting pokok ke, haa boleh lah datang sini. Selain menghilangkan frust, kesedihan kekecewaan dengan bersolat sunat, berzikir kan? Amik lah inisiatif ini jugak. Sebab, nature pun boleh buat diri kita dengan Allah. Jangan pulak hang suka-suka nak cabut-cabut dedaun tanpa apa-apa kebaikan, sebab pokok pun hidup walaupun dia tak berjalan or slithering -_-. 

Dalam bilik tunnel tu, semua Queen Bed, ada air-cond *confirmlah*,plug. Tempat mandi sharing-bathroom yer. Bukan share semua org sekaligus dalam 1 tempat, NO, NO, NO, NO! Ganti-ganti lah, alaa macam dalam cerita P-Ramlee, tunggu-tunggu turn. Tapi bathroom bukan satu jak, banyak jugak.

The price for one tunnel is as low as RM99 per-night. 





Bukak-bukak nampak hutan. Best kan? 


Cantik idok?
Contact Number : 6013 - 9638888


-TUBOTEL, JETTY PERLANCONGAN, LANGKAWI, Kedah- 


Hotels are too mainstream, right. So, kalau pergi langkawi, nak tinggal tempat unik pergi lah Tubotel. Lebih kurang sama lah jugak macam Time Capsule Retreat, tapi ni depan pantai dan laut yang terbentang luas lagi indah. Fuyooo! Buka-buka tingkap, nampak laut. Buka lagi, nampak laut yang indah *SUBHANALLAH*.  But don't get the tunnel vision, rugi. Hahahaha ~  Request, kat reception yang see view. Yang mahu team building tu, lots of activities u can do here, jet-skiing ada, jungle trekking ada, macam-macam lah, Kena organised oleh Tubotel Team. Yang bukan team building pun boleh kot, haa tak pasti tapi cuba try lah tanya diorang.

Price : Around RM170-RM175



,

Kalau mahu pegi bercuti,
silalah contact :

Nombor telefon : +60 14-240 7022
Website : http://tubotel.com/ 

I think that's all from me. 
Sampai kita berjumpa lagi,


Thank you UPSI!


Assalamualaikum, hi there! Wish you have a good days. 

Today, I'm going to share all about my feeling now has been mixed with sugar, salt, bitter gourd and lime. BECAUSE , UPSI going to be one of my precious memories that I've experienced, where I've learnt a lot of lessons be connected with relationships between me and friends, time management, frugality, responsibilities and self-reliance. 

Terima Kasih Allah because giving me a chance to study here. 
Now, I'm ready to be a degree student *yakin kau haaa*
Set dalam minda ready!

Saya gembira, saya sedih,
Gembira kerana sudah menghabiskan pengajian sebagai pelajar Diploma dan boleh kembali ke pangkuan keluarga dan spend time dengan diorang dengan lebih lama yeayyy! Sedih, kerana bukan sudah memegang status sebagai ANAK KANDUNG SULUH BUDIMAN kepada IBU KANDUNG SULUH BUDIMAN :(



Itu je lah :)
Sebab mata mulai berair ~ :D

THANK YOU UPSI! 

Ulcer? Ini Penyelesaiannya.


Assalamualaikum. Sekali lagi saya mempunyai nawaitu untuk berkongsi ilmu dan pengalaman saya tentang kesihatan. Ini pun selalu berlaku dikalangan kita-kita ni juga.
 Ia satu metod untuk menyembuhkan ulcer dengan cara yang best, jimat dan mudah. 

Anda ada Listerine kat rumah?
Itulah salah satu metod menyembuhkannya. 

Bagaimana?
Biarkan cecair Listerine tu seminit di dalam mulut anda. Kena tahan sikit ya! Sebab pedih tu memang ada tetapi indicationnya berfungsi untuk mengecutkan ulcer anda tu. 

Saya pernah try sebelum ini. Dan hasilnya menggembirakan saya. 

Seringkali kita menggunakan toothpaste atau garam kan? 
But, I suggest don't la because saya ada pergi ke pusat kesihatan di tempat pengajian saya dan dia cakap tidak boleh mengubat menggunakan garam or toothpaste sebab ia akan bertambah teruk! 
Tapi tidak tahu lah pada pandangan anda. 

Dulu, saya selalu jugak letak garam kat tempat ulcer tu, peritnya tak terkata! Dan sungguh, mengambil masa yang lama bagi saya untuk sembuh. Tapi bila try Listerine jak, wahh! The best lah. 


SELAMAT MENCUBA.
Syafakallah/Syafakillah. 

How to know there are toxin in our body?


Assalamualaikum, people. Today, I'll be a doctor for a while sebab jari jemari teringin berkongsi tentang petanda-petanda toksin ada di dalam badan kita.

Toksin. Hmm apa itu toksin. Toksin suka menghuni badan-badan manusia kerana manusia sentiasa bagi ruang kepada mulut mereka untuk toksin masuk ke dalam badan. Itulah kita kena jaga pemakanan. Hmm, tahun ini baru saya sedar bahawa toksin itu sangat merbahaya. *terima kasih, Allah* 

Toksin adalah sejenis bahan yang beracun menghuni badan kita. 

Mahu tahu petanda toksin? 
*Anda jawab : "Yes, of course. Saya dah click link ni sebab tajuk awak tentang bagaimana mengetahui toksin di dalam badan saya."*

*"Kenapa tanya lagi? -_-"* 

Haa siap ada muka gitu kau. 

Dan saya menjawab : Opps, sorry dear. Okay listed below adalah petanda-petanda dia.

1. Susah hendak tidur
2. Mudah cemas @ Cepat Panik
3. Senang demam dan selsema @ badan lemah
4. Penghadaman yang kurang baik
5. Perut kembung
6. Kurang Semangat
7. Hilang tumpuan
8. Mulut berbau
9, Muka pucat

Anda menghadapi segala apa yang tercatat di atas, 
Jangan risau. Cara untuk menghalau toksin dalam badan dengan jimat dan mudah senang sahaja!
Sama ada perlu: 

Berpuasa 

or 

Minum air putih banyak-banyak!
Jangan risau kalau anda meminum air putih dengan kuantiti yang banyak menyebabkan berulang kali ke tandas, itu tandanya badan anda sedang mencuba untuk seimbang dengan jumlah mililiter@liter air yang anda minum. 

Inilah contoh badan yang penuh toksin. Tidak mahu macam ini kan? 
So,

Jom singkir toksin dan jaga kesihatan?
In shaa Allah, God will help you!

Thank you! 

Maleficient Theatre by UPSI's English Society


So, Assalamualaikum and hai. 

I'm a bit stay up late today. Rajin pula aku tengah malam-malam ni aku menyusun jari untuk menghasilkan bunyi-bunyian di atas keyboard . Aku berniat untuk share hasil masterpiece Diploma kitaorang. Dan sungguh aku bersyukur! Semua berjalan dengan lancar.

Di entri ini, cerita semester 4 si Ewie! Let's start! 

_________________________________________________________________________________

Maleficient Theatre  By English Society of UPSI



Video di atas adalah Trailer Theater Maleficient. Credit to Farhana Khois.  
Majority yang menguruskan semua ni adalah batch saya. Saya adalah salah satu ajk teater ini.
AJK Protokol bahagian VIP. Woah, dekan segala dekan kau layan se'. Datuk dan Datin. It was my first time in treating the VIP's peoples. Ngee~

And this. The masterpiece. The theater went smoothly, Alhamdulillah. Sebab lot of obstacles we've faced. Marah, sedih, penat semua ada! 



So, above is the theater's video. 
Director : Ezzat Zahin :)

______________________________________________________________________________ 
ITBM ( Institut Terjemahan Bahasa, Malaysia) 


ITBM. Here,  I get to know how to search a job if we want to be a translator. It can be any language such as Malay to Mandarin, Mandarin to Malay, Bahasa India, English and so on or so forth. Bahasa bumiputera agak jarang, tetapi boleh memohon kerja di ITBM kalau ada orang yang mahu meminta kita menterjemahkannya. Contoh, bahasa Dusun ke Melayu. Ada memang ada. Dan sometimes the income will be about RM20,000. Ain't it more than enough?  

Okay, THANK YOU.

_________________________________________________________________________________

Pre-University (2013) Kohot 2, SEMEKAR (PHOTOS COLLECTION)




Assalamualaikum woots woots. Hari ni, jari jemari aku tidak rajin untuk menekan segala keyboard yang depan mata. Hari ini kerja click-click dan click segala koleksi gambar aku jadi budak Pra-Universiti SEMEKAR yang masih aku simpan. 
Original from my handphone and laptop ya! 
So, rajin-rajinkan lah meng-scroll! 

_________________________________________________________________________________


Discuss and task untuk hari guru :)


Dorang sebenarnya intip orang :3

Next week trial stpm P1, belajar juga la tapi mimpanau ja karaja.

Effa, I miss you :*

Last keluar pekan dengan diorang masa ni T_T

Kena suruh cek asrama putera,tetiba jumpa si adik punya jaket.

Kalau meranking-ranking, comform aku memegang position tempat yang ketiga.


_________________________________________________________________________________

 

Sebab dia suka sangat ajak selfie, Scroll down then you'll see another pic of us :D

_________________________________________________________________________________



                 Okay itu Zafirah si peminat gajah. Look, she wrote something on a yellow small paper. , CGPA STPM dia 3.50. Dan mungkin akan meningkat sebab ulangan exam dia! 
Ustazah Ela :)
 _________________________________________________________________________________



Sebenarnyee, banyak lagi gambar dia yg selfie macam ni. Tapi, satu je I ambik haha. Effa jangan marah :)
______________________________________________________________________________________________________________
Sempat bercuti cuti di Kundasang. Kami2 jak. 3 malam di rumah pak cik :3

Sedikit video tentang telatah kami :)









                        




              



              


 






 









              



             




 

                                     





________________________________________________________________________________

 Prep. Masa prep tau ni. Lahaii, aku dulu Ketua Syu'bah Akademik Puteri, Tapi ... 

Inilah kejadian Prep puteri sekali sekala :) 




              



              

             
              


                





             



                

             

Diorang menari-nari :)

Jangan marah ya, saya post gambar korang semua! Saja. 

______________________________________________________________________________

I CLICKED IT RANDOMLY :)


I got this from Ustaz Wan :)





Katil saya di hostel :)


Because Dila used to do and eat it so :)
Makan nama.


Sebab lapar lah ni. Nasib mampu senyum kan sue :D


        

Yang di tengah twinsies saya.  Masa tu she want to move to UMS. Dan gambar kedua, saya pula yang tinggalkan UPSI. Thank you nej, sebab romantik. 
Sajaa, mahu tunjukkan kemesraan dengan kawan-kawan :)

Dayang nda sedar kena gambar :3


_________________________________________________________________________________

SPONGEBOB KESAYANGAN DI SEMEKAR.












_________________________________________________________________________________

And, lastly. I need to leave the school to pursue my study at UPSI.


_________________________________________________________________________________





 Dan ini diorang. Saya tiada. Baz tiada. Pija tiada. Khalid tiada, Weena tiada. Zeha tiada. Ana dan Ain tiada.

Semoga berjaya kawan-kawan! 


LOVE,
ewieramlee.