Family Day : Pengerat Silaturrahim


Nampak kan aku sudah bedebam hahaha. Tu sebagai pembukak ler.

Assalamualaikum semua.
Memandangkan aku hari ni bosan, tiada kerja mahu kena buat. So, aku menyeksa keyboard aku demi entry aku kali ini. Maaf kalau bahasa tidak begitu menarik. kehkehkeh sebab saya bukannya orang bahasa.

Okeh. So hari ni sebenarnya nak share tentang pengalaman aku menyambut Family Day buat pertama kalinya! Ni nak cerita la. Sebenarnya sepanjang sebulan aku ber-industrial training di Smartminds Solutions Sdn Bhd, aku tak begitu rapat dengan orang-orang sekeliling. Lagi-lagi teachers dari TCR. Bergurau senda yang betul-betul mesra pun tidak pernah apatah lagi bermain. 



Haa, aku bagi XL punya gambo. 
Inilah kitaorang! 
SSSB AND TCR STAFFS.
Bos saya tu, satu-satunya lelaki yang duduk dan isteri dia yang sedondon warna baju. 

Mulanya. Saya agak awkward bila hari first sampai kat tapak untuk berkumpul kat chalet tu. Sebab saya tidak kenal begitu mengenali mereka. Siapa yang saya kenal dan biasa, Kak Zaza and Kak Siti jak. Staff SSSB yang lain, memang saya tidak rapat dan susah untuk aku buat eye contact dengan diorang. kekeke.

Mulanya, memang aku tidak mau sebilik dengan orang yang aku tidak kenal. Tapi, syukur Alhamdulillah. Ewie dah besar! Pandai-pandai lah mingle dengan orang. Takkan selamanya kau dalam penjara malu tiada tempat! Disebabkan aku pandai mingle dengan room mates aku *CHEWAH*, so segala activity yang dijalankan pun aku memberanikan diri untuk bercakap dengan teacher2 yang lain, oso staff2. Dan akhirnya! 

Bila malam menjelma, mula lah aku nervous. Sebab aku kena lantik jadi emcee, emcee yang tiada pengalaman. Puan Saherah, bos kitaorang, bagitahu yang jangan formal sangat. Kakak-kakak lain kata, buat something yang macam happy-go-lucky jak dan relax. Mahu tahu time aku berkata-kata di depan tu apa jadi? 

Mereka bagi respon yang sangat positif ler.
Tapi aku nervous dan malu. 


Salah satu aktiviti kena buat kat sini. Malangnya, aku trauma lepas nampak jetski tu terbalik dengan pemandunya sekali.
Aku dah siap sedia nak pakai jaket keselamatan. tuptup, ada orang jatuh hahaha.
Nampak tak aku mana? Tu yang tengah sembang-sembang tu.
Tu emcee yang tidak confident tu. Ni aktiviti dinner. Aku ngan kawan aku menang toaster wei sebab dapat first place time lawan sambung ayat. Macam super spontan tu! Kahkahkah.



Ni time kitaorang main humban belon. 
Before this, aku lihat jak dari jauh diorang teacher-teacher buat kerja diorang kat office, tapi bila kat family day. Syukur. Allah bagi aku peluang untuk bergembira dengan rerakan office and TCR staffs.

Haa ni aktiviti pada pagi hari sukaneka. Act banyak lagi but takda gambar-gambar tu. Ni jak yang ada, kira okaylah hee.



Acara bawak telur dalam sudu. 


Sesi mengira. Sapa menang dapat 1 balang duit syiling yang bernilai seribu lebih. Xke awesome?!

I'll be missing all of it. 
Thank you!

Semoga ukhuwah di berkekalan lillahi ta'ala.

XOXO-PUBLISH.


No comments:

Post a Comment

I would like you to comment :)