Gunung Kinabalu, Mu Tunggu Aku Datang.

Assalamualaikum ,

Hmm, okay esok test reading. Sempat lagi aku nak mencoret-coret. But, nevermind. Kejap jak ni because I will start to study shortly.

Actually, lama sudah aku mau mendaki gunung. But, my parents prefer me not to climb the mountain in an early age. Haa, sekarang dah kena suruh dah. Alhamdulillah, sbb ummi cakap ada guide dunia akhirat aku. Hahaha, ummi ni talk nonsense jak. Tidak apa. Yang penting terima kasih ummi for let me to climb my desire. Hihi ! 

Aku sebenarnya tidak sabar mahu climbing the Kinabalu Mountain ! The highest mountain in Asia. Can't wait. Supposedly I will climb it January but my father forced me to delay because at the time just raining all time. Our parents might concerning about us right?If we climb the mountain in the the tough circumstances like that. Its may makes you will walk and climb through too many danger zone there !

So, I will climb the Kinabalu Mountain on 6th April in this year ! Happy lady there ! Gembiranya memang tidak terkata ! Hmm, yalah. Aku selalu tekanan dgn assignment and sedih ada masalah dengan kawan lagi. 

Hmm, Fikir kawan tuu jak. Tak pa. Everythings gonna be okay. I will striving to persuade her again and again untuk menanjukkan aku memang sygkan dia. Dia benci tidak apa. Kak Halimatussa'diah, sebagai kakak angkat aku, juga menuntut kat UPSI sama dgn tempat pengajian aku dan juga dalam fakulti yang sama, FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI , mengambil bidang Pendidikan Bahasa Arab, bekas senior aku di sekolah lama (SMKA TUN SAID,KOTA BELUD) pernah memberi nasihat, 

"Jadilah seperti pokok, walaupun dia dibaling dengan batu, ia tetap memberikan buah"
- Kak Hassa @ Kak Halima -


Aku akan pegang apa kakak cakap sebab ia sangat berguna. Menjadi aku lebih kuat untuk carry on this life~ 

So, jangan putus asa. Buatlah apa yang perlu kamu buat untuk masa depan. Let the procrastinate away. Its an obstacles for you to carry on this life with your strive, jihad also strenghth. 

Thank you and syukran_ ewieramlee. 




Cara-cara menjawab " Kirim Salam"

Assalamualaikum,

Hari ni saya nak bagi sedikit perkongsian. 

 Mau share pasal sebab ada orang confuse pasal mengirim salam ni. mungkin I can't gives you an explicit explain, but I will share I little bit of how to "MENJAWAB SALAM ORANG YANG MENGIRIM SALAM" dengan accurately. 

Sebab,

Selalunya orang bagi salam, biasanya kita akan ucap or jawab dengan ucapan "Waalaikumussalam" jak kan? Hmm, tpi saya akan bagi apa yang patut kita ucap dengan orang yang telah mengirim salam dengan kita. So, jot down your notes ! ^_^



_____________________________________________________________________________________________

So, untuk "kirim salam" ini terdapat lafaz tambahan yang berbeza sesuai dengan jenis jantina pengucap dan pengirim salam, lelaki (muzzakkar) atau perempuan (mu'annats)

Contohnya lah kan :



1. Salman berkata : 
      "Ya Azlizan..., Suhana kirim salam kepada awak"

2. Shafizah berkata :      "Rossa..., Hafiz   kirim salam kepada awak"

So, untuk "kirim salam" di atas :

1. Azlizan menjawab  : 'alaika wa 'alaihas salam 

                           semoga keselamatan juga atasmu 
                          (Salman ) dan dia (Suhana)
2. Rossa menjawab : 'alaiki wa 'alaihis salam
                           semoga keselamatan juga atasmu
                          (Shafizah) dan dia (Hafiz)


_____________________________________________________________________________________________

Hmm, beza  dari jawapan yang kat atas tu berdasarkan jantina tau !

"ka" = kamu (lelaki)            "hi" = dia (lelaki)

"ki"  = kamu (perempuan)     "ha" = dia (perempuan) 

Dari kedua contoh di atas ada perbezaan jenis pelaku, baik pengucap mahupun pengirim salam. Untuk itu cara menjawab "kirim salam"nya pun berbeza disesuaikan dengan ikut  tatabahasa Arab.


Kalau ada orang kirim salam "kirim salam", mestilah kita sudah mengetahui siapa orang yg sedang ucap salam atau yg mengirim salam kepada kita, lelaki kah dia atau perempuan. Nahhh, you got it? inilah yang beza bentuk grammar jawapan salam dengan orang tu. 


____________________________________________________________________________________________

LAFAZ CARA MENJAWAB "KIRIM SALAM" :)


1. Pengucap salam lelaki dan pengirim salam lelaki,

    Contoh : Nazrin berkata, " Herman..., Sufi, kirim salam kepada awak"
    Jawapannya = 'alaika wa 'alaihis salam

2. Pengucap salam lelaki dan pengirim salam perempuan

    Contoh : Faiz berkata, "Saflie..., Zafirah kirim salam kepada awak"
    Jawapannya = 'alaika wa 'alaihas salam

3. Pengucap salam perempuan dan pengirim salam perempuan

    Contoh : Dayang berkata, "Fidauddin..., Zuraina kirim salam kepada awak"
    Jawapannya = 'alaiki wa 'alaihas salam

4. Pengucap salam perempuan dan pengirim salam lelaki

    contoh : Faerah berkata, "Aqira..., Akmal kirim salam kepada awak"
    Jawapannya = 'alaiki wa 'alaihis salam

5. Pengucap salam lelaki dan pengirim salam dua orang lebih

    contoh : Khairul berkata, "Iddhir..., kawan sekelas kirim salam kepada awak"
    Jawapannya = 'alaika wa 'alaihim salam

6. Pengucap salam perempuan dan pengirim salam dua orang lebih

    contoh : Marha berkata, "Zulkifli..., kawan sekelas kirim salam kepada awak"
    Jawapannya = 'alaiki wa 'alaihim salam.

_________________________________________________________________________________

I really expect you will got what I share about "KIRIM SALAM" today. Only that I can share for you about this topics. Perhaps you will got an explicit information about our topic today kalau cari dekat any sources such as buku kat library ka, any information related to this topic, buku agama and vice versa. 

_________________________________________________________________________________

Segala kebenaran datangnya dari Allah SWT, dan kesalahan berasal dari alfaqir lianna kekurangan pengetahuan.

Assalamualaikum and thank you ^_^



BE STRONG. KELUHAN TIADA PENYELESAIAN.


Assalamualaikum and hi ! 

Kali aku coret apa saja yang aku mau cakap. Takkan tersusun!! Jangan bingung okay !! Hee.
Sebab hari ni aku dalam mode sedih. Since yesterday.

Aku macam berfikir dua kali, nak update blog pasal sehgala yang tersimpan di hati ni ke tak? Tapi hati aku kan dia kata "Nak jugak update blog, nak jugak update blog,naaak jugak!" Dah kata hati macamna jugak. Dia kan dictate diri kita. Tapi kena hati-hati lah jugak. Kerana hati, boleh jadi binasa. 

Alhamdulillah, ada juga masa aku yang mau mecoret-coret blogi ni. Oleh kerana hari ini hanyalah ada ada satu kelas dan tempoh dia hanyalah satu jam sahaja, so aku terfikir nak menaip, oleh sebab tak tahu nak type apa lagi, sebab assignment dah siap.
_________________________________________________________________________________

Mungkin entri ini adalah dalam mode "JIWANG".

Ehhh, Bukan lah jiwang tentang kekasih.


_________________________________________________________________________________

Hmm, apa yang bermain di fikiran aku sekarang ni sangattlah banyak dan ramai.


_MASJID AL-MURSYIDIN, KAMPUS SULTAN AZLAN SHAH, UPSI_
"Tenang aku di sini" 

Solat berjemaah kat masjid ni boleh buat aku ingat sekolah dan kawan-kawan. SMKA TUN SAID, KOTA BELUD and SMKA MOHD ALI, RANAU.

Bila kat masjid, ada sahaja yang membuatkan aku tersenyum ketika itu. Tetapi, bila kali first aku sampai masjid ini, aku ,merasa kelainan kerana aku telah berjauhan daripada orang yang telah lama ku kenali dan tidak tahu berapa kali ganda susahnya sesuatu yang aku buat kehidupan di universiti daripada kehidupan di rumah, asrama dan sekolah. 

Di mana aku mahu save duit, kena urus masa sendiri, assignment sampai up 5, jauh beribu batu dari keluarga, kena adapt dengan orang-orang sini :)

Hmmm :'(

_________________________________________________________________________________

Yaa, aku menangis rindukan family. Aku menangis sebab aku rindu nak cerita-cerita dengan ummi, aku rindu rindu mau dgr abah berlawak dalam keadaan serius, aku rindu awa yang selalu tolong aku dan tempat aku share masalah, aku rindu awud yang aku selalu bawa dia main "gusti" , "silat" or something like that.

Yaa, mmg aku rindu kawan-kawan aku. Aku menangis rindu kawan. Aku rindu Dila tempat aku luah segala masalah, aku rindu Siti, Weena dan Zeha spongebob's yang sangat lawak, aku rindu Ela yang selalu bagi motivasi, aku rindu Dayang yang selalu membahagiakan ketika aku sedih, aku rindu Giyin yang sangat setia mendengar dan inspiring,aku rindu Nisa yang sangaaaaattt lah lunatic, rindu kawan-kawan dari form 1-3(2008-2010) , 'Arif until 5 Science and Pengajian Islam(2011-2012)  and form 6 rendah Idris Al-Marbawi(2013)

Yaa, aku tekanan dengan segala assignment that our lecturer have given to us. Its too hard to completed all of the assignment. I don't know, why must I don't manage my time wisely when the pile of assignment being the part of my life.  

Semua pun aku menangis. Aku sangat mudah keluarkan airmata. 

And I try to smile :')

Di dalam hadis Qudsi, Allah ada berfirman,

“Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya” 
(Hadis Riwayat Tabrani dari Abu Umamah)

Allah Maha Mengasihani :'(
_________________________________________________________________________________

Suatu hari, aku terjumpa Al-Insyirah. Bait-bait dalam Al-Insyirah cukup menekan kalbu aku. Aku terpesona. Aku teliti dan hayati maksud ayat surah itu. Lalu ku baca satu persatu.

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Peyayang…


1. Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (Wahai Muhammad serta mengisinya Dengan iman dan hidayah petunjuk)?


2. Dan Kami telah meringankan bebanmu daripadamu:(menyiarkan Islam) -3. Yang memberati tanggunganmu,


4. Dan Kami tinggikan sebutan (nama)mu bagimu.


5. Maka (tetapkanlah kepercayaanmu) Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,


6. Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.


7. Maka apabila Engkau telah selesai (daripada sesuatu amal Soleh), maka bersungguh-sungguhlah Engkau berusaha (mengerjakan amal soleh Yang lain),


8. Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah Engkau memohon (Apa Yang Engkau gemar dan ingini).”


Surah al-Insyirah. 

Selesai solat, aku akan membaca surah ini . Setiap kali hati terasa berat, hati sangat lah sarat. Aku akan baca lagi.

_________________________________________________________________________________

Kadang-kadang aku akan menatap komputer riba untuk mencari sesuatu untuk menghilangkan bebanan yang aku hadapi dan yang aku diamkan daripada sesiapa. 

SEBAB AKU AKAN RISAUKAN ORANG YANG RISAUKAN AKU :'(

Im aware. Bebenan yang aku tanggung adalah tandah kasih Allah kepada aku. Allah rindukan rintihan hati aku. Aku tahu, Alllah mahu mengajar aku erti sebenar ujiannya.

So far, telah banyak yang aku telah alami. Suffered many things but just stay postive. Yaaa, kesedihan, tekanan, derita lah jugak tapi aku tahu Everythings happen for a reason. 

Aku merasa kalah, aku resah dan aku terus mencuba untuk membaiki diri. Selangkah demi selangkah. Setapak demi setapak. But, 'Im still me. But, what I expect is rohani aku sedang dalam proses pemulihan dan pembersihan.

Aku mahu aku sentiasa merindui Tuhanku and I wanna feel the happiness starting with "Alhamdulillah" so that, the hardness I will "meluahkan" to Allah without any shame.

_________________________________________________________________________________

Doakan aku, agar terus kuat mengahadapi setiap cabaran dan dugaan yang Allah berikan.


Sekian, syukran 'ala kulli hal and thank you.


SCHOOL AND ME !

Assalamualaikum and hi ! 

Today im gonna share about memori saya kat my old school SEMEKAR stands for Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Mohd Ali, Ranau dan SMATS stands for SMKA Tun Said, Kota Belud.. SABAH.


HMM. SAYA RINDU KAWAN2 dan SEKOLAH SAYA SEBENARNYA.


Pertama kali saya masuk sekolah nii, saya dpt rasa keindahan alam ciptaan Allah SWT. SubhanALLAH. Cantiknya sekolah ni. 

Lepastu, saya pergilah mendaftar kat Penolong Kanan Tingkatan 6 ditemani ummi dan abah. Dan, di situlah persahabatan yang  telah terpisah beberapa tahun selepas sahaja menamatkan zaman sekolah menengah, bertemu kembali. Rupanya abah dan Mr Zaaba adalah bersahabat ketika zaman persekolahan mereka kat SMU Tohpuan Hajah Rahmah, Kota Kinabalu. Mr Zaaba adalah guru MUET ting. 6 SEMEKAR. 

Lepas sahaja saya mendaftar, saya pergi ke asrama lah. Bila masuk dorm saya jak, saya terkejut tau ! Hanya Allah jak lah tahu macamana perasaan saya masa tu. 

Alhamdulillah,  Sahabat saya Siti Zuraina dah pun provide me katil tau ! Nasib kat tengah2, kalau kat tepi !! Takut sy siiikiiiittt. Hee. Penakut siiiikiit bah nieee. 

Dan malam pun tibalah, puuunyaaa sejuuk saya bila dah malam. Dah la mandi air bukit, sejuk sangat !
Dah la kena bangun pukul 4.30 a.m tiap pagi, mandi air bukit lagi, cuba bayangkan. Hehe. Tak apa tak apa. Best jugak sejuk. Saya lagi suka cuaca sejuk. Ngee~ kalau boleh, nak buat rumah kat Kundasang. Kalau dah ada suami, saya request nak buat rumah kat sana. Hee hee. Bolehlah tiap hari tgk Gunung Kinabalu !

Tinggi Tinggi Gunung Kinabalu, Tinggi lagi sayang sama kamu, Biru-Biru Hujung Kinabalu, Tgk dari Jauh Hati Saya Rindu, Kinabalu Dekat Di KUNDASANG, Banyak Sayur Bulih Pilih2. Apa Guna Pergi Luar Negeri, Naik Kinabalu, HATI SAYA RINDU. 


Byk kenangan saya sepanjang saya berada kat sekolah ni, saya first time buat performance on stage di SEMEKAR bila saya berpantun semasa hari guru. Saya ndamaw tu sebenarnya tapi kawan saya sorang tu, dia tak maw lagi batalkan nama sy jadi pemantun. Pemantun pertama lagi tu. Dalam Bahasa Arab. Bahasa Arab !! Si Giyin tu suruh, si Ketua Asrama. Dia suruh tukar sama dia. Heisss. Challenges.  

Haa tgk ni ! Takut saya masa ni tau!!


Gagap. Nervous. Hahaha.
  
Tak apa. Saya mengajar diri saya untuk berani tampil kehadapan. Hehe. Lagipun masa ni, tingkatan 6 rendah diarahkan untuk mengendalikan majlis ni, dari design dan management lah. Protokol dia ok jgk lah. Mungkin tahap sederhana tp org terhibur jgk bah sbb ada belon-belon jatuh dari atas. Ntah, kreativiti sapa tu. Tapi best tau !

Hmm, banyak kenangan saya dengan kawan-kawan kat situ. Rindunyaa dengan suasana kat sana. 

Banyak kenangan pahit  manis that I through. 

I missing my friends ! Saya rindu kan kawan-kawan saya ! Sangat2. 


SAHABAT, FOR ME .. OUR FRIENDSHIP JUST LIKE A TREE, NOT MEASURED BY TALL HOW IT HAS GROWN BUT BY HOW DEEP THE ROOTS HAVE GONE.



Sebelum Azzeha pindah ke Politeknik. 

SAHABAT KAT SMKA TUN SAID :') 

Walaupun saya sekolah kat SEMEKAR, takkan saya nak lupa sekolah saya SMKA TUN SAID, KOTA BELUD kann?? Byk jugak kenangan kat sini sebenarnya. Bitter Sweet Memory. Hmm. 

Banyak kenangan yang dilalui bersama. Hehe.. 



 SEBELUM SAYA MENINGGALKAN SEKOLAH

Sebelum saya pindah :')


Hmm, berat hati nak tinggalkan sekolah sebenarnya. Banyak dan ramai yang saya sayang kat sini. Hubungan saya dengan kawan2 kat sekolah sy tu pun rapat. Tak kira siapapun rapat jak. Macam lama dah kenal walaupun belum sampai satu tahun berkenalan. You know, for the first mestilah aku anggap an acquaintance kan? We do not know each other yet. Tapi hubungan kami rapat jugak tau ! Hehe.

Macam-macam yang terjadi masa ni. Terharu dan tersentuh tgk dorang keluarkan airmata. Sy sebenarnya tak mau nangis depan orang. Tapi yang saangaat gets me overwhelmed when Syafinaz nangis. Time tu, waaa. Sedihh :'(

Peluk memeluk punya acara :')

Semoga kejayaan menjadi milik kita bersama suatu hari nanti :')


Saya rasa, saya tak pernah making a quarrel or have a quarrel with my friends. Indeed !! Verily, not ever! Hehe. Sbb saya sayang kawan2 sy. Kalau merajuk2 tu pernah la. Aku dgn kawan aku Siti. 

Hmm, nak cerita lah yang aku ni ada "SAHABAT". 4 orang kawan yang aku panggil sahabat :')

Nuradillah Sirazudeen, Siti Zuraina Dullah, Norsazweena Jerain and Nur Azzeha Kassim

Cerita tentang dorang ni. Actually kami nakal sebenarnya ! Hehe.. Tak lah senakal yang sangat nakal. Nakal yang sederhana jak. Please don't underestimate us okay ! Kami sekarang tengah NAIK TANGGA. Nak ke puncak ! Dan we have to support each other ! 

Ingat pulak kenangan ketika saya dan mereka tengah menduduki SPM dahulu. Kami sebenarnya tak study sangat. Main2 jak. Tp alhamdulillah. Although our result is meager, but we will achieve our destiny with ou strong-willed to success. 

Because we are the creator of our destiny.

Last day kat kelas ^_^

 
Terharu actually. Hee :') 


Dayang, Ewie, Maii and Sue..

SIAPA TAK RINDU KAWAN KAN? :')



Hmm, sekarang dah ramai kawan-kawan bawa haluan masing2 untuk mengejar cita-cita termasuk saya. Sy pun dah berhijrah from Sabah to Perak.

 Persahabatan akan terpisah jgk tapi takkan terlerai ikatan yang telah tersimpul rapat itu ! I will keep the string is always indissolubly linked.

Saya yakin semua kawan-kawan saya yang berada kat sekolah, universiti, kolej or another else my friends pursue their study, will success soon. In shaa Allah, as long as you giving your priorities to our God as long as you will success nanti tau ! So, our intention kenalah betul okay ! :)

Saya tak tipu ! Yang saya amat rindukan persahabatan di sekolah. Pergi kantin sama-sama, pergi sekolah sama-sama, makan di dewan sama-sama. 

Teringat kenangan makan tengahari sama-sama kat Dewan Makan lepas pulang dari sekolah, SMATS dulu. 1 kelas makan sama-sama tapi yang the girls jak lah. Hihi. 

Tapi kalau makan kat SEMEKAR, pagi, petang, siang malam sy makan dengan sahabat sy sorang ni selalu. Nak tahu? Suara dia mcm Doraemon, Hihihi Kami rapat dari form 1 lagi. Dan saya amat sayangkan dia :')

Hihihihi, verily aku rindukan kau Dila :')

Saya tahu tujuan saya di sini bukanlah untuk apaaa pun kecuali belajar untuk masa hadapan kita dan intention biar kerana Allah. Perjalanan untuk ke puncak kejayaan itu bukanlah mudah. Yaa kita tahu jugak tu kan? 

Aku ingat kenangan aku kat kelas. Sangat merindui kenangan di kelas.

Okaylah, setakat ini sahajalah yang mampu aku coretkan di entri ini. So, always reflect ourselves. 

DEDICATED TO ALL MY FRIENDS


SAHABAT,

Dalam kita melangkah…

Terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat,

Hingga kita terduduk dan menangis,

Peritnya terasa tetapi ketahuilah,

Dan renungilah dalam diri kerana…

Mungkin air mata tika itu hadir kerana…

Dia mahu menjahit sejadah IMAN yang kian terkoyak

Lantaran ada langkah-langkah yang tersasar,

Semoga tabah dan tetapkan iman…

Teruskan melangkah, ke punjak kejayaan !

Jangan putus asa dan jangan pernah berniat  mahu putus asa,

Teruskan kerana..

Halangan itu sentiasa ada dalam perjalanan kita,

Untuk sampai ke puncak kejayaan :)


-Syukran 'ala kulli hal'-
Thank you